Wednesday, January 28, 2015

be safe



assalamualaikum..

apakah bakat yang korang ade ? memasak? melukis ? menyanyi ? elehh.... tu je ? itu semua bakat biase jerr.. ape barang derrrr.... x rock arrrr..

ni nak habaq mai bakat2 luar biasa yang ada pada manusia biasa.. hahaha..

1. berselfie sambil drive ! (korang mesti pernah try kann tapi lepas langgar divider jalan terus trauma utk maintain bakat itu)
2. next is berwhatsapp/bersms sambil drive (yang ni paling hebat la.. lagi2 bawak keta laju & type! perghhh.. rase macam nak rekod aksi itu)
3. last but not least,berinstag/berFB sambil drive
4. yang paling hebat dan luar biasa adalah buat semua di atas ! memang hebat ohsem (takde perkataan dalam kamus dewan bahasa oxford dictionary dan seangkatan dengannya yg boleh describe kehebatan orang2 yg berbakat luar biasa ini ye )

hehehe.. ni name dia reverse psikologi.. sebab sakit hati sangat ni haa.. taktau macam mana nak educate these kind of so called 'extraordinary people'. korang tak pikir ke tindakan korang ni boleh sebabkan eksiden ? kalo bukan korang mati orang lain yang mati.. tak rase bersalah ker? terlanggar pejalan kaki ker kann ? takkan nak tunggu benda tu jadik baru nak insaf kot.. nyawa ada 1 je.. ni bukan kartun yg dah kena penyek boleh jadik kembang balik..

kesian la kat orang lain.. hang nak bunuh diri jangan la nak libatkan orang lain.. lebih2 lagi orang yang kita sayang..

kalau ada benda urgent sangat pi la berenti kat R&R ke kat mana2 yang boleh brenti la (yg tak ganggu trafik).. bukan susah pon !!!!!!!!!!

jangan la kerana nak type 'otw' korang bunuh org2 yg korang sayang.. tak ke menyesal di kemudian hari ???????

Allah bg otak tuk berfikir, betui ke dak ape segala tindakan yg kita buat tu.. bahaya kan orang dak.. jgn la amik jalan pintas..

dek kerana kerja yg penting nau tu korang bawak keta secara berbahaya.. da kalau eksiden x bgn2 keje ntah ke mana ape pun tak dapat..

oelh itu, usaha lah utk tidak melakukan perkara no. 1, 2, 3, dan 4 seperti di atas demi mereka yang tersayang, nyawa mereka yang tidak bersalah.. ni bukan bakat tapi habit yg mana korang boleh pilih utk tidak amalkan..

ok.. tu je la buat masa ni..